CERAMAH WOW DI PESTA PENDANG 2017

Pada 25 November 2017, saya dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Wanita dan Diabetes’ di Pesta Pendang 2017 di Stadium Mini Pendang bagi mengisi slot ‘Wellbeing of Women (WOW)’ anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Kedah. Tajuk ini sememangnya bertepatan dengan tema Hari Diabetes Sedunia 2017 iaitu ‘Wanita dan Diabetes : Kesihatan kita, Milik kita, Hak kita'. Semoga banyak kemusykilan berkaitan bidang kesihatan yang dapat saya rungkaikan dengan perkongsian ilmu ini.
Terima kasih tuan rumah YB Dato’ Suraya Yaacob, Exco Kerajaan Negeri Kedah merangkap ADUN Sungai Tiang dan Puan Aisa Aziz, Pengarah JPW Kedah di atas jemputan ceramah. Hebat juga penganjuran Pesta Pendang pada tahun ini.









Comments