KISAH MENYELAMAT ANAK BANGSA DI KUALA SALA

Ziarah Kasih sebuah keluarga di Kampung Kuala Sala pada 20 November 2017 telah dilaksanakan atas inisiatif saya sebagai Ikon AADK bersama AADK Kota Setar, Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKKK Kg Jawa dan Pakar Perubatan Keluarga bersama pasukan Klinik Kesihatan Kota Sarang Semut. Suami isteri adalah klien AADK yang baru keluar pusat pemulihan dan mereka mempunyai 8 orang anak. Anak perempuan yang paling kecil berumur dua bulan dan sering dibawa oleh si ibu untuk mengemis di hadapan Bank Simpanan Nasional(BSN) Kota Sarang Semut untuk mendapatkan wang untuk membeli bekalan dadah. 











Dalam lawatan ini juga, kami membuat saringan urin dadah untuk anak-anaknya dan mendapati anak lelaki mereka yang berumur 11 dan 17 tahun positif dadah. 4 orang anaknya yang berumur sebulan hingga 11 tahun ini telah dibawa oleh Pelindung Kanak-kanak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang sangat baik bagi menyelamatkan anak-anak ini daripada terus teraniaya dalam keadaan yang tidak sihat dan tidak selamat ini. Sesungguhnya kisah keluarga ini adalah satu realiti masyarakat yang amat menyedihkan.






Comments

  1. Tahniah Dr...moga Allah membalas jasa Dr....teruskan jihad ini...semoga makin ramai profesional mcm Dr yg tidak sekadar melihat sahaja....tetapi turut sama membantu masyarakat

    ReplyDelete

Post a Comment