KUNJUNGAN LEMBAGA PELAWAT PSIKIATRI HOSPITAL IPOH

Pada 26 November 2017, kami Lembaga Pelawat Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar menerima kunjungan Lembaga Pelawat Psikiatri, Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB), Ipoh yang buat julung-julung kalinya mengadakan lawatan ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Bahiyah. Mereka menyertai lawatan kami ke wad psikiatri dan turut serta dalam mesyuarat bulanan Lembaga Pelawat Psikiatri yang saya pengerusikan. Pada akhir lawatan, kami juga berdialog untuk berkongsi pengalaman bagaimana peranan masing-masing dapat dipertingkatkan. 




 






Terima kasih kepada Dato’ Dr Rasidi M. Saring, Ketua Jabatan Psikiatri, HRPB yang sudi membawa Lembaga Pelawat Psikiatri beliau ke sini dan menjadikan kami sebagai satu penanda aras lembaga pelawat psikiatri yang cemerlang. Satu penghormatan apabila gerak kerja kemasyarakatan kita ingin dicontohi oleh pihak lain. Sebenarnya segalanya adalah hasil legasi Dato’ Dr Rasidi sendiri yang telah menyediakan platform dan asas komuniti psikiatri yang baik semasa beliau berkhidmat di Kedah yang memudahkan segala gerak kerja kami pada hari ini.

Comments