PM MAI KOLA KEDAH

Lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Negeri Kedah Darulaman pada 1hb November 2017 bermula dengan sarapan pagi bersama nelayan dan petani di Pasar Seberang Kota, Kuala Kedah. Ini adalah buat julung-julung kalinya YAB Perdana Menteri melawat Kuala Kedah terutamanya meninjau sendiri pasar nelayan ini yang sangat sinonim dengan Kuala Kedah. Ini merupakan lawatan kerja pertama beliau selepas membentangkan Bajet 2018 minggu lalu yang memberi perkhabaran gembira kepada masyarakat petani dan nelayan. Kemudian beliau berjumpa penjawat-penjawat awam negeri dan persekutuan di Stadium Sultan Abdul Halim dan seterusnya menyempurnakan penyampaian bantuan musim tengkujuh kepada para pekebun kecil di Pokok Sena. Terima kasih YAB Perdana Menteri kerana sudi melawat Kedah terutamanya Kuala Kedah.
                                     












                                       



                                             

Comments