PROGRAM INTERVENSI - FAMILY AND COMMUNITY EMPOWERMENT (FACE)

Program Intervensi Family and Community Empowerment (FACE) anjuran LPPKN telah diadakan pada 18 November 2017 di Dewan Kg Tengah, Kuala Kedah. Ini merupakan program intervensi pertama yang diadakan selepas pelaksanaan kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga (IKK). Ia meliputi modul bijak belanja dan pengurusan emosi. Ini adalah salah satu inisiatif di bawah Program Pembangunan Kuala Kedah Lestari yang menekankan matlamat pembangunan keluarga di peringkat akar umbi melalui sasaran 8 domain utama dalam keluarga. Dalam ucapan perasmian penutup, saya memohon para peserta agar dapat menggalakkan lebih ramai penyertaan ke program-program intervensi LPPKN yang akan dijalankan sepanjang 2 tahun akan datang.






















Comments