PROGRAM SENTUHAN BESTARI SK ALOR SETAR

Program Sentuhan Bestari iaitu program penyampaian pakaian seragam sekolah kepada pelajar-pelajar dari keluarga golongan asnaf di SK Alor Setar. Program ini adalah program kedua yang merupakan inisiatif bersama Good Deeds Kedah dan Persatuan Profesional dan Usahawan Negeri Kedah (PEAKS). Saya turut memberi motivasi dan pelajar-pelajar yang hadir. Terima kasih kepada Guru Besar dan guru-guru sekolah ini yang memberi kerjasama yang sangat baik untuk kami membantu anak-anak sekolah ini yang kebanyakannya dari golongan miskin bandar. Semoga dengan sumbangan ini akan menyemarakkan lagi semangat belajar para pelajar ini untuk sesi persekolahan 2018.







Comments