PROGRAM SENTUHAN BESTARI SK SERI PANTAI, KUALA KEDAH

Program Sentuhan Bestari iaitu program penyampaian pakaian seragam sekolah dan beg sekolah kepada pelajar-pelajar dari keluarga golongan asnaf di SK Seri Pantai, Kuala Kedah telah diadakan pada 22 November 2017. Program ini adalah inisiatif anjuran bersama Good Deeds Kedah, Persatuan Profesional dan Usahawan Negeri Kedah (PEAKS), GPMS Kuala Kedah, NGO Budi Forward dan Mutiara Prihatin. Saya turut memberi pengisian berkenaan pencegahan dadah kepada ibu bapa dan pelajar yang hadir. Terima kasih kepada Guru Besar dan YDP PIBG yang memberi kerjasama yang sangat baik. Semoga dengan sumbangan ini akan menyemarakkan lagi semangat belajar para pelajar ini untuk sesi persekolahan 2018.
















Comments