TAKLIMAT KESIHATAN PROGRAM RIADAH ZUMBA

Pada 25 November 2017, saya telah dijemput untuk memberi taklimat kesihatan kepada peserta-peserta program riadah zumba yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Usahanita Anggun Alor Setar dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Walaupun hujan lebat, para peminat setia zumba  ini tetap menjalankan aktiviti mereka di bawah bumbung di perkarangan pintu masuk Alor Setar Mall. Aktiviti-aktiviti kecergasan fizikal sebegini sentiasa akan saya sokong dengan memberi nilai tambah kepada program demi mempromosi gaya hidup sihat di kalangan masyarakat yang meliputi pelbagai golongan sasaran.








Comments