HARAPKAN PEGAR DI POKOK SENA

Rentetan kes Kuala Sala minggu lepas yang mana 5 orang kanak-kanak (salah seorangnya positif dadah) iaitu anak kepada suami isteri yang merupakan penagih dadah, telah diambil dan diletakkan di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pada 30 November 2017 saya sebagai ikon AADK sekali lagi bersama AADK, PDRM termasuk OCS Pokok Sena dan OCS Kota Sarang Semut, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), JKM dan Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Pokok Sena telah melawat seorang lagi anak pasangan tersebut berumur 7 tahun di Pokok Sena yang tinggal bersama datuknya yang uzur, bapa saudara dan ibu saudaranya di sebuah rumah yang kotor dan tiada bekalan elektrik. 
Menurut rekod kanak-kanak ini sudah 2 bulan tidak ke sekolah. Kedua-dua bapa dan ibu saudaranya positif dadah dalam ujian urin yang dijalankan. Kanak-kanak ini telah diambil oleh JKM untuk pemeriksaan kesihatan di hospital dan akan ditempatkan di sekolah berasrama pada tahun hadapan dengan kerjasama PPD. Ibu dan bapa saudaranya diletakkan di bawah pengawasan AADK untuk tindakan lanjut. Satu kisah yang menyedihkan apabila dadah memusnahkan kehidupan sebuah keluarga. 






                                          

Terima kasih kepada semua jabatan yang memberi kerjasama yang padu yang menjadikan gerak kerja NBOS ini menjadi lebih mantap dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat bebas dadah.

Comments