HARI KELUARGA COMBI KUALA KEDAH

Hari Keluarga Combi Kuala Kedah telah dianjurkan pada 14 Disember 2017 di Dewan Kg Tengah, Kuala Kedah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah senamrobik, sukaneka kanak-kanak, cabutan bertuah dan pengisian berkenaan pencegahan demam denggi. Pasukan Combi Kuala Kedah adalah nadi penggerak utama program-program kemasyarakatan di Kuala Kedah, bukan sahaja dalam pencegahan denggi tetapi juga pencegahan dadah dan promosi gaya hidup sihat. Walaupun sibuk, saya tetap akan singgah sekejap di program Combi sebagai sokongan terhadap aktiviti mereka. Tahniah Jawatankuasa Combi Kuala Kedah kerana berjaya menganjurkan aktiviti kekeluargaan ini.







Comments