KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI, SUNGAI BARU GUNONG

Kempen Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti anjuran KRT/SRS Sungai Baru Gunong dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kota Setar telah dilaksanakan pada 15 Disember 2017 bertempat di Masjid Sungai Baru Gunong. Saya turut memberi pengisian tentang pencegahan dadah di samping pengisian oleh pegawai AADK dan OCS Balai Polis Anak Bukit. Dalam sesi soal jawab program ini, pihak KRT mencadangkan pihak mereka bersama masjid bersedia untuk dilibatkan dalam program pengawasan OKP klien AADK dari kawasan mereka melalui program khidmat komuniti. Satu cadangan baik yang perlu diperhalusi.
Tahniah KRT, JKKK dan Masjid Sungai Baru Gunong atas inisiatif ini.





Comments