KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI, TAMAN BERSATU

Kempen Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti anjuran KRT/SRS Taman Bersatu dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kota Setar telah dilaksanakan pada 17 Disember 2017 bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Bersatu, Kuala Kedah. Saya dijemput memberi ceramah tentang pencegahan dadah di samping pengisian oleh Tuan SI Nicholas a/l Sinappan, Ketua Balai Polis Kuala Kedah. 
Tuan Ketua Balai Polis Kuala Kedah telah memaklumkan Taman Bersatu telah dipilih sebagai lokasi untuk pelaksanaan Program Jihad Membasmi Dadah Fasa 3 yang melibatkan program pencegahan dan penguatkuasaan dadah di Kuala Kedah. Satu langkah yang tepat oleh PDRM Kedah.
Penganjuran program kempen ini juga boleh dikira sebagai salah satu usaha awal pihak kepimpinan masyarakat dalam aktiviti pencegahan dadah demi mencapai matlamat menjadikan Taman Bersatu sebagai taman perumahan bebas dadah. Tahniah KRT, JKKK Taman Bersatu atas inisiatif penganjuran kempen ini.









Comments