LAWATAN PENAZIRAN PDM KG TENGAH, KUALA KEDAH

Lawatan Penaziran Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu sebagai mewakili Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kg Tengah, Kuala Kedah telah berlangsung pada 17 Disember 2017. Uniknya PDM Kg Tengah ini adalah ketika PRU 13 lepas, kedua-dua calon DUN Kubang Rotan dan calon Parlimen Kuala Kedah datangnya dari PDM ini. Dato' Latt Shariman Abdullah, calon DUN Kubang Rotan dari Umno Cawangan Kg Ulu dan saya calon Parlimen Kuala Kedah dari Kg Kompleks, dan kedua-dua cawangan ini terletak dalam PDM Kg Tengah. Saya sebagai calon Parlimen Barisan Nasional menang dengan majoriti 472 undi di PDM saya ini pada PRU 13 lalu. Insha Allah, pada PRU 14 nanti, semua ahli jawatankuasa PDM komited untuk bekerja kuat untuk meningkatkan lagi jumlah majoriti kemenangan.






Comments