MTMD DAERAH KOTA SETAR 2017

Pada 14 Disember 2017, Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Daerah Kota Setar telah dipengerusikan oleh Tuan Ketua Penolong Pegawai Daerah Kota Setar bertempat di Bilik Gerakan, Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Kotar. Mesyuarat dimaklumkan terdapat 13 kawasan utama penanaman pokok ketum di Daerah Kota Setar, terutamanya di Tebengau dan Matang Kong yang sedang dalam pemantauan PDRM dan AADK. Kita ada kekangan dari segi undang-undang yang melibatkan penyalahgunaan ketum. Daun ketum apabila dipetik dan diproses baharu boleh diambil tindakan, itupun di bawah akta racun dan bukannya di bawah akta dadah berbahaya. Kita perlukan undang-undang yang lebih ketat bagi membendung berleluasanya penanaman dan penggunaan ketum.






Comments