PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2017

Perhimpunan Agung Umno 2017 berlangsung pada 5 Disember hingga 9 Disember 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Perhimpunan Agung Umno 1997 merupakan pengalaman pertama saya sebagai perwakilan Kelab Umno Ireland. Kini pada 2017, selepas 20 tahun saya masih istiqamah bersama Umno dan menjadi perwakilan Umno Bahagian Kuala Kedah. Alhamdulilah, tewas di PRU13 tidak sedikit pun mengurangkan semangat perjuangan saya, malah semakin mantap demi memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Bersama rakan Kelab UMNO Melbourne dan Tun Daim Zainuddin, Bendahari UMNO
ketika itu pada Perhimpunan Agung UMNO 1997 
                                   













Bersama YBhg Tan Sri Badruddin Amiruldin, Pengerusi Tetap Umno Malaysia.
Terbaik cara Tan Sri mempengerusikan persidangan pada tahun ini






Di sinilah kami bermula iaitu pada Perhimpunan Agung Umno 1997. Ketika itu saya sebagai perwakilan Kelab Umno Ireland dan sahabat saya ini  Dato' Nasaruddin Othman, perwakilan Kelab Umno Yogjakarta. Selepas 20 tahun, pada 2017, kami masih istiqamah menjadi perwakilan mewakili bahagian masing-masing iaitu saya dari Kuala Kedah dan beliau dari Pasir Salak. Kitaran tempoh 20 tahun ini sangat mematangkan kami yang mana mengajar erti kesabaran, kerja kuat dan kesetiaan dalam perjuangan sepak terajang politik. Semoga kitaran 20 tahun seterusnya akan menjanjikan yang lebih baik buat kami, demi mengangkat martabat bangsa gemilang.



Ucapan penangguhan YAB Presiden Umno telah menyatakan Umno adalah satu-satunya parti politik di negara ini yang mempunyai agenda bumiputera dan Umno adalah parti masa hadapan negara. Inilah persidangan terakhir sebelum PRU 14 dan ternyata semangat para perwakilan telah berjaya dibakar oleh YAB Presiden UMNO bagi memantapkan gerak kerja di akar umbi dalam memastikan kemenangan besar Barisan Nasional nanti.

Comments