PROGRAM #HADIAH MESRA BAG2SCHOOL 2017

Program #hadiahmesra Bag2school dirasmikan oleh YBhg Tuan Mahadzir bin Elias, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah pada 1 Disember 2017 di Dewan SK Kuala Kedah. Pengisian program ini meliputi taklimat hak pengguna oleh Puan Azlin binti Othman sebagai Duta Kenali Ubat Anda, ceramah pemerkasaan komuniti bebas dadah oleh Pengarah AADK Kedah dan penyampaian 100 beg sekolah kepada pelajar miskin dan anak yatim sekitar Kuala Kedah. Program ini adalah anjuran bersama Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Persatuan Profesional dan Usahawan Negeri Kedah (PEAKS) dan GPMS Kuala Kedah.

                                     

























 






Ini adalah tahun kedua program bercorak pemerkasaan komuniti ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran tentang bahaya dadah kepada para ibu bapa dan pelajar, di samping memberi sumbangan beg sekolah kepada pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Comments