RELA ANTI DADAH

Pada 13 Disember 2017, telah berlangsung di Dewan Serbaguna KDN, Kompleks Pentadbiran Persekutuan, Anak Bukit program Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Uniform Operasi Rela Daerah Kota Setar. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Badrul Hisham bin Hashim, Exco Kerajaan Negeri Kedah sebagai mewakili YAB Menteri Besar Kedah. Sebagai Rela Kehormat Bersekutu, saya juga menerima pakaian operasi digital Rela ini daripada YB Exco. 
Sebelum itu, saya telah diberi tanggungjawab untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Peranan Rela dalam Membanteras Dadah’ kepada lebih 400 orang anggota Rela yang hadir agar mereka lebih berinformasi untuk bersama dalam program-program perangi dadah habis-habisan. Anggota Rela mempunyai peranan yang besar dalam menjaga keselamatan masyarakat di peringkat akar umbi. Mereka wajar menjadi mata dan telinga kerajaaan dan agensi penguatkuasa. Semoga anggota Rela terus komited dalam memberi khidmat kepada masyarakat.





















Comments