AYAH HILANG AMANAH

Di sebalik tersergam indahnya pusat membeli-belah Aman Central, di belakangnya terdapat sebuah bilik kosong di bangunan yang akan dirobohkan yang dihuni oleh sepasang suami isteri bersama 2 anak perempuan mereka, berumur 6 dan 10 tahun. Saya bersama pegawai-pegawai AADK dan Jabatan Kebajikan Masyarakat turun melihat sendiri kedaifan keluarga ini. Suami yang berumur 33 tahun ini merupakan bekas klien AADK, didapati positif methamphetamine dan diletakkan di bawah pengawasan AADK. Manakala anaknya yang 10 tahun sudah setahun tidak ke sekolah. Keluarga ini dibawa oleh pihak JKM ke Rumah Transit Negeri Kedah sebagai penginapan sementara untuk diatur perancangan masa hadapan bersama ahli-ahli keluarga mereka yang bakal dikesan. 

Apabila bapa sudah terlibat dadah, isteri dan anak-anak tidak menjadi keutamaan lagi. Keluarga akan terbiar dan kebajikan mereka tidak akan dipedulikan lagi. Dadah menghilangkan rasa tanggungjawab dan amanah di dalam jiwa.

Kita sentiasa terkehadapan dalam perkara-perkara berkaitan teknologi fizikal dan pembangunan fizikal. Tetapi dalam isu teknologi sosial kita masih ketinggalan, hasilnya timbul pelbagai kebejatan sosial yang menyedihkan dalam masyarakat.



                                         









                                       


                                                     

Comments