CERAMAH PENCEGAHAN DADAH DAN KETUM

Pada 29 Januari 2018, saya telah menyampaikan ceramah perangi dadah habis-habisan kepada lebih kurang 500 pelajar SK Bandar Baru Darulaman. Saya memberi kesedaran kepada mereka tentang kesan buruk pengambilan dadah terutamanya dari segi kesihatan mental dan akan menyebabkan mereka menjadi insan yang hilang fungsi sosial dalam masyarakat. Pengisian tentang ketum itu dadah dan kesan pengambilannya kepada kesihatan turut ditekankan. Mesej utama ceramah saya adalah dadah akan memusnahkan masa hadapan diri, keluarga dan masyarakat. Ini merupakan satu program pendidikan pencegahan yang akan diteruskan dari semasa ke semasa.








Comments