HADIAH MESRA #BAG2SCHOOL PARLIMEN ARAU

Pada 21 Januari 2018, telah berlangsung program Hadiah Mesra #bag2school Parlimen Arau anjuran Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) dengan kerjasama Pergerakan Wanita Umno Bahagian Arau. Program yang diadakan di Pusat Khidmat Kubang Gajah, Arau, Perlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Arau. Seramai 100 orang pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah dari keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar Parlimen Arau telah terpilih untuk menerima sumbangan beg sekolah. 15 orang pelajar cemerlang UPSR yang akan melanjutkan pelajaran ke MRSM turut menerima sijil penghargaan dan sumbangan. 

Saya sebagai Timbalan Presiden PMPM memberi ucapan aluan dan menyampaikan taklimat berkenaan isu-isu semasa kepenggunaan kepada para hadirin. Selepas itu juga, saya telah ditemubual secara lintas langsung di lokasi program oleh siaran radio Perlis FM bagi berkongsi maklumat berkenaan penganjuran program. 











Adik Nor Azliana, 12 tahun mendapat perhatian untuk sokongan bantuan kaki palsu daripada Datin Seri Dato' Shamsiah binti Md Yassin, Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau ketika ditemui di program ini. Jangkaan saya, adik ini mengidap penyakit berkaitan genetik sejak lahir dan kami dimaklumkan oleh neneknya juga bahawa buah pinggang beliau turut bermasalah.



                  









Comments