IBU BAPA DADAH, ANAK TEKANAN MENTAL


Suami isteri ini adalah bekas klien AADK dan masih aktif menagih. Saya bersama AADK dan JKM memaklumkan anak lelaki sulung mereka yang berumur 17 tahun akan diserahkan hak penjagaan kepada neneknya kerana remaja tersebut mengalami tekanan mental dan sedang menerima rawatan daripada pakar psikiatri. Suasana di rumah ini tidak sihat untuknya. Suami isteri ini bertuah kerana mereka mendapat sokongan kewangan daripada ibu yang tinggal bersama. Anak-anak mereka yang lain akan dipantau oleh pihak JKM. Selepas berbincang, mereka menyatakan kemahuan mereka untuk merawat ketagihan yang dialami. Oleh itu, saya telah merujuk mereka berdua untuk mendapatkan rawatan metadon di klinik kesihatan yang berdekatan.

Comments