IBU TUNGGAL PENAGIH TEGAR

Sebagai ikon AADK, saya telah mengadakan lawatan bersama pegawai-pegawai AADK dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) baru-baru ini untuk meninjau seorang ibu tunggal penagih dadah tegar di Seberang Perak, Alor Setar yang didapati masih aktif menagih. Anak perempuannya berumur 12 tahun tinggal bersamanya di rumah kosong tanpa bekalan air dan elektrik. Mereka hanya menggunakan air hujan sebagai sumber air. 

Pihak kami mendapati ibunya sudah mengabaikan tanggungjawab dan tidak berupaya untuk menjaga anaknya lagi berdasarkan Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 Seksyen 17(1)(c). Mujurlah pihak sekolah mengambil inisiatif memastikan anaknya sentiasa ke sekolah dengan memberi pelbagai bantuan persekolahan. Kami telah ke sekolah dan berbincang dengan guru besar berkenaan perkara ini. Setelah selesai semua prosedur yang ditetapkan oleh pihak sekolah, anaknya yang darjah 6 ini telah dibawa oleh Pelindung Kanak-kanak JKM ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan dan akan diletakkan di bawah jagaan sementara JKM sehingga diputuskan oleh mahkamah. 

Akibat dadah, seseorang ibu tidak akan mampu memikul tanggungjawabnya dan anak yang akan menjadi mangsa serta terbiar. Jika tidak dilakukan intervensi, akan bermula sebuah lagi kitaran hidup yang malang. Satu realiti masyarakat yang menyedihkan.

                                  








Comments