MAJLIS PECAH TANAH LANGGAR SANCTUARY RESIDENCE

Pada 13 Januari 2018, saya menerima jemputan untuk menghadiri majlis perasmian pecah tanah Lot 1105 dan 1106 Mukim Langgar untuk pembinaan Langgar Sanctuary Residence oleh YAB Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md Hanipah, Menteri Besar Kedah. 
Township baru ini adalah projek syarikat perumahan SK Grand yang akan melibatkan pembinaaan 300 buah rumah termasuk rumah kedai dalam 3 fasa. Dalam ucapan beliau, YAB Menteri Besar menyatakan kerajaan negeri sentiasa menyokong projek pembinaan perumahan baharu yang selesa untuk rakyat dan setakat penggal ini sahaja, kerajaan negeri dengan kerjasama agensi kerajaan persekutuan dan syarikat swasta telah berjaya membina lebih 40 ribu buah rumah. Turut hadir adalah YB Exco Perumahan Negeri Kedah dan Datuk Bandar Alor Setar.











Comments