7 ANAK YATIM DAN DADAH

Pada 1 Februari 2018, saya bersama pegawai AADK, Keda, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Penghulu Mukim Bukit Lada serta JKKK setempat melawat sebuah rumah di Desa Keda Kg Bukit, Pokok Sena yang dihuni oleh 7 orang yatim piatu berumur 10 tahun hingga 30 tahun (5 lelaki 2 wanita). Semuanya didapati terlibat dengan dadah. Yang paling tua berumur 30 tahun merupakan bekas klien AADK dan sedang menjalani rawatan metadon. Seorang lagi yang berumur 22 tahun sedang dalam tahanan reman kerana baru ditangkap dalam operasi AADK baru-baru ini. 

Yang paling menyedihkan, adik bongsu mereka yang berumur 10 tahun positif methamphetamine dan telah dibawa oleh pegawai JKM ke Hospital Sultanah Bahiyah. Abangnya yang berumur 16 dan 17 tahun akan dirujuk ke klinik psikiatri untuk penilaian pakar psikiatri kanak-kanak dan pakar psikiatri ketagihan. Yang lain diletakkan di bawah pengawasan AADK dan akan dihantar ke pusat pemulihan sekiranya masih terlibat dengan dadah. Mereka semua telah keciciran sekolah semenjak bapa mereka meninggal dunia 4 tahun lalu. Ibu mereka meninggal 10 tahun lalu dan tiada sesiapa saudara terdekat yang mengambil berat. 

Pada pandangan saya, kita harus lebih aktif mengesan keciciran supaya anak-anak yatim seperti ini tidak terkeluar daripada sistem pendidikan sehingga menyebabkan mereka terdedah kepada risiko penglibatan dengan najis dadah. Masyarakat juga harus memainkan peranan yang lebih aktif dalam pencegahan dadah.







Comments