HARI SUKAN SMK SERI PANTAI, KUALA KEDAH

Pada 7 Februari 2018, saya telah dijemput merasmikan Hari Padang dan Balapan 2018 SMK Seri Pantai, Kuala Kedah dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dalam ucapan perasmian, saya meminta para pelajar agar menterjemahkan semangat pertandingan dan kesukanan yang ditunjukkan pada hari ini ke dalam bilik darjah dalam usaha mengejar kecemerlangan akademik. Di samping itu, keseronokan sementara yang membinasakan seperti gejala dadah harus dihindarkan. Terima kasih kepada pihak Pengetua dan YDP PIBG yang sudi menjemput saya. Tahniah kepada semua pemenang terutamanya pasukan juara keseluruhan iaitu Rumah Biru. Ternyata tahun ini memang tahun Biru!
























Comments