KARNIVAL AMAL MASYARAKAT BERKOPERASI

Majlis perasmian Karnival Amal ‘Masyarakat Berkoperasi’ dan Jelajah Muafakat dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md Hanipah, Menteri Besar Kedah pada 3 Februari 2018 di perkarangan Masjid Aman, Jalan Kuala Kedah. Program ini anjuran bersama Angkasa dan Koperasi Masjid Aman bertujuan membantu peniaga-peniaga dan syarikat koperasi untuk menjual produk mereka di samping menyediakan barang keperluan harian dengan harga yang lebih murah kepada masyarakat. Turut hadir YB Dato’ Suraya binti Yaacob, Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Presiden Angkasa, YBhg Dato’ Abdul Fatah bin Abdullah. Tahniah Koperasi Masjid Aman di atas inisiatif penganjuran program ini.









Comments