PROGRAM RELA BERSAMA MENTERI BESAR KEDAH

Program Anggota RELA Daerah Kota Setar bersama Menteri Besar Kedah telah diadakan pada 20 Februari 2018 bertempat di Dewan Flat Seri Gemilang, Alor Setar. Jumlah anggota RELA di Negeri Kedah adalah lebih 150 ribu orang dan di Daerah Kota Setar sahaja keanggotaannya melebihi 30ribu orang. YAB Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah Md Hanipah dalam ucapan beliau mengingatkan para anggota RELA agar sentiasa menjaga nama baik RELA kerana pasukan RELA sentiasa dihormati dan disanjung tinggi kerana peranan yang besar dimainkan dalam masyarakat.

                                           












Comments