INISIATIF PROGRAM BOMBA KOMUNITI

Baru-baru ini, saya telah berkesempatan mengadakan perbincangan bersama PBK 1 Ahmad Huzaini bin Halil, Pegawai Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar berkenaan pelaksanaan Program Bomba Komuniti di Kuala Kedah. Program kesedaran keselamatan kebakaran ini sangat penting untuk komuniti terutamanya bagi kawasan penempatan nelayan yang terdedah kepada risiko kebakaran. Adalah diharapkan dengan inisiatif program ini akan memberi ilmu kepada para penduduk dalam mencegah daripada berlakunya kebakaran.


Comments

Post a Comment