KURSUS PENGUKUHAN KEKELUARGAAN KEDA

Pada 9 Mac 2018, saya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah Perangi Dadah Habis-habisan kepada peserta-peserta Kursus Pengukuhan Kekeluargaan anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Kursus berlangsung di Hotel Seaview, Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam. Peserta-peserta kursus ini terdiri daripada pemimpin-pemimpin komuniti Desa KEDA Batu 13, Pokok Sena. Dalam ceramah saya berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkenaan program-program pembanterasan dadah yang telah saya laksanakan. Di samping itu, saya juga menekankan tentang betapa pentingnya program-program berbentuk pendayaupayaan komuniti perlu dirancakkan kerana mampu mencegah meluasnya pengaruh dadah dalam masyarakat.

                                         








Comments