LAWATAN DELEGASI HOSPITAL THANYARAK SONGKHLA

Lawatan delegasi Hospital Thanyarak Songkhla, Thailand yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr Tawat Lapinee ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 6 Mac 2018 adalah bagi meninjau fasiliti dan perkhidmatan psikiatri terutamanya perkhidmatan perubatan ketagihan dan klinik metadon di sini. Kami saling bertukar pengalaman dan idea tentang isu penagihan dadah di negara masing-masing. Hospital Thanyarak Songkhla adalah hospital khas pusat pemulihan dadah yang mempunyai 200 katil yang hanya berperanan merawat penagih-penagih dadah. Terdapat 7 hospital yang beroperasi seperti mereka di seluruh Thailand. Menurut Dr Tawat Lapinee, separuh daripada pesakit mereka adalah penagih ketum yang ditahan berdasarkan Akta Ketum yang dikuatkuasakan di Thailand sejak tahun 1943 lagi.
                                         














Hospital Thanyarak Songkhla ini berperanan merawat penagih dadah dan berada di bawah Kementerian Kesihatan Awam Thailand. Berbeza dengan kita yang mana pusat pemulihan AADK diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ternyata mereka telah menerima konsep penagih sebagai pesakit lebih awal daripada kita. Walau bagaimanapun mereka memuji program penggantian metadon kita, yang dianggap oleh mereka sebagai sangat berjaya.

Comments