MESYUARAT AGUNG DIABETES MALAYSIA KUBANG PASU 2018

Pada 8 Mac 2018, saya telah dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan 2018 Diabetes Malaysia (DM) Cawangan Daerah Kubang Pasu di Dewan Teratak Minda, Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, Jitra. Sebagai Timbalan Pengerusi DM Negeri Kedah, saya menyeru para ahli untuk mempergiat program saringan diabetes dan program kesedaran kesihatan untuk orang awam agar para pesakit dapat didiagnosa lebih awal serta mendapat rawatan awal bagi mencegah komplikasi diabetes yang lebih buruk. 
Di samping itu, saya juga berkongsi pandangan bahawa platform NGO adalah medium penting untuk mengimbangi pengaruh pemasaran produk-produk pseudosains yang mementingkan keuntungan semata-mata dan mampu memudaratkan kesihatan masyarakat. Tahniah DM Kubang Pasu kerana merupakan antara daerah yang paling awal melaksanakan mesyuarat agung pada tahun ini.








Comments