MESYUARAT JAWATANKUASA KESIHATAN MENTAL DAERAH

Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan Mental Daerah Kota Setar Bil 3/2018 telah berlangsung pada 7 Mac 2018 di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar. Saya hadir sebagai Pengerusi Lembaga Pelawat Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pakar psikiatri, pakar perubatan keluarga, wakil PDRM Kedah, Ketua Pegawai AADK Daerah, wakil Majlis Bandaraya Alor Setar, wakil Pejabat Daerah Kota Setar, wakil Pejabat Pendidikan Daerah dan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat. Banyak isu pesakit-pesakit mental dibincangkan dan hampir kesemuanya ada kaitan dengan penyalahgunaan dadah. Sudah sampai masanya perlu difikirkan satu institusi yang boleh menempatkan pesakit mental akibat dadah yang boleh dirawat ketagihan dan penyakit mental mereka secara kolaborasi oleh pakar psikiatri dan pihak AADK kerana mereka ini tidak diterima masuk oleh mana-mana pusat pemulihan konvensional.

                                        






Comments