PEMBENTANGAN KAJIAN INDEKS KESEJAHTERAAN KELUARGA

Pembentangan kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga (IKK) Felda Sungai Tiang dan Kampung Tengah, Kuala Kedah untuk Program Family and Community Empowerment (FACE) kepada YB Dato’ Suraya Yaacob, Exco Kerajaan Negeri Kedah telah diadakan di Wisma Darulaman pada 20 Mac 2018. Felda Sungai Tiang telah selesai melaksanakan kajian pasca IKK setelah lebih 30 program intervensi dilaksanakan dalam tempoh setahun. Menurut Pegawai Felda yang hadir, program FACE telah memberi impak yang positif kepada penduduk setempat. YB Dato’ Suraya sebagai ADUN Sungai Tiang turut memberi maklum balas yang sama melihatkan respon positif daripada para pemimpin komuniti. 
Kampung Tengah, Kuala Kedah akan menjadi lokasi kedua program FACE ini di Negeri Kedah dengan kajian pra IKK selesai dilaksanakan pada tahun lepas. Saya yakin dengan program intervensi yang akan diatur oleh pihak LPPKN sehingga akhir tahun ini bakal memberi kesan yang didambakan demi pembangunan institusi kekeluargaan yang lebih bermakna di Kuala Kedah.





Comments