RAJA FALSAFAH


Keratan akhbar Utusan Malaysia 8 September 1999 ini adalah simbol kenangan saya bersama Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid ketika beliau merasmikan Bengkel Kecemerlangan Menjaro Kuala Kedah. Ketika itu saya memimpin Kelab UMNO Ireland, pada cuti musim panas kami menganjurkan program motivasi untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 dari 10 buah sekolah dalam Parlimen Kuala Kedah. Allahyarham merupakan Menteri Besar Kedah waktu itu, telah sudi untuk hadir bagi merasmikan program.
Pada masa inilah, beliau memperkenalkan buku ‘The Republic’ karya Plato kepada saya yang beliau kupas intipatinya dalam ucapan perasmian. The Republic mengisahkan 'philosopher king' sebagai seorang pemimpin yang ideal dan konsep 'allegory of the cave' iaitu berkenaan bagaimana persepsi manusia terbentuk. Pada 9 Mac 2018, negara telah kehilangan insan yang hebat ini. Al-fatihah. 

Comments