SEMUANYA TINGGAL KENANGAN

Baru-baru ini saya berkesempatan meninjau kali terakhir kerja-kerja perobohan yang telah diselesaikan di kompleks perikanan lama di Kg Kompleks. Kompleks yang dibina pada 1974 telah menjadi tempat tumpuan masyarakat nelayan di sini untuk berurusan dengan pihak LKIM dan Jabatan Perikanan sehingga operasi pejabat LKIM berpindah ke kompleks baharu di Kg Keloncor, Kubang Rotan. Kompleks ini juga pernah menjadi lokasi penganjuran lumba perahu saban tahun sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah sehinggalah lokasi program dipindahkan ke Ampang Jajar, Alor Setar. Semestinya kompleks ini menyimpan pelbagai memori bagi penduduk di sini sama ada golongan dewasa atau kanak-kanak. Insha Allah akan bermula satu era baharu pembinaan sesuatu yang bermanfaat untuk penduduk setempat bakal dilaksanakan di sini.






Comments