TAKLIMAT FACE KEPADA DATUK BANDAR ALOR SETAR

Kunjungan hormat dan taklimat kepada YBhg Dato’ Haji Mohd Zohdi bin Haji Saad, Datuk Bandar Alor Setar berkenaan Program Family and Community Empowerment (FACE) telah diadakan pada 20 Mac 2018. Program FACE ini akan dilaksanakan di Kampung Tengah, Kuala Kedah oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang merupakan lokasi kedua di Negeri Kedah selepas Felda Sungai Tiang. Saya sebagai Penyelaras Program FACE Kuala Kedah turut memberi taklimat latar belakang program ini kepada Datuk Bandar. Rombongan diketuai oleh En Mohamad Mizal bin Mohamad Noor, Pengarah LPPKN Negeri Kedah.





Comments