TEMUSIHAT ANGGOTA RELA DAERAH KOTA SETAR

Program ziarah dan pemeriksaan kesihatan anggota Rela dan ahli keluarga mereka yang mengidap penyakit kronik di sekitar Alor Setar dan Kuala Kedah oleh Pasukan Saringan Kesihatan (PASAK) telah diadakan pada 23 Mac 2018. Turut bersama Puan An Nur Halim, Pegawai Rela Daerah Kota Setar dan pegawai-pegawai Pejabat Rela Daerah Kota Setar. Antara pesakit-pesakit yang dilawati adalah pesakit diabetes, darah tinggi, strok dan tulang belakang. Terima kasih Puan Pegawai Rela Daerah Kota Setar serta semua pegawai yang membantu menyelaras program ini. Tahniah Rela Daerah Kota Setar kerana sentiasa menghargai dan mengambil berat kebajikan para anggota Rela.













Comments