TEMUSIHAT KAMPUNG KELONCOR

Program Temusihat di Kampung Keloncor, Mukim Kubang Rotan bersama Pasukan Saringan Kesihatan (Pasak) telah diadakan pada 16 Mac 2018. Antara yang diziarah adalah pesakit diabetes, psoriasis, warga emas dan ibu tunggal. Kampung Keloncor ini adalah pemenang Anugerah Desa Perdana Daerah Peringkat Kota Setar tahun 2017 atas kejayaan pemimpin komuniti yang aktif dalam gerak kerja masyarakat. Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi JKKK Kampung Keloncor, En Roslan bin Ismail kerana membantu menyelaras program ini.












Comments