JELAJAH MUAFAKAT RAKYAT BERSAMA MENTERI BESAR KEDAH

Pada 2 April 2108, Jelajah Muafakat Rakyat 2018 bersama YAB Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md Hanipah, Menteri Besar Kedah telah berlangsung di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah iaitu dalam DUN Kubang Rotan. Ribuan penduduk terutamanya masyarakat nelayan hadir bagi mendengar amanat YAB Menteri Besar yang menyatakan perancangan masa hadapan kerajaan bagi memajukan lagi Kuala Kedah demi meningkatkan kesejahteraan rakyat. Antara projek pembangunan yang telah dirancangkan adalah pembinaan terminal feri baharu yang bernilai RM208 juta, projek tambak laut yang akan menjadi mercu tanda pelancongan, penyambungan pembinaan jalan pesisir pantai di Padang Garam sehingga ke Kuala Sanglang, pembinaan projek perumahan nelayan dan banyak lagi projek untuk manfaat penduduk tempatan. 

Beliau mengingatkan para hadirin untuk memilih wakil rakyat dari Barisan Nasional pada PRU 14 kali ini kerana ternyata wakil rakyat pembangkang sekarang ini gagal membawa sebarang kemajuan dan hanya timbul kembali menjenguk kawasan cuma ketika musim pilihanraya. Oleh itu amat wajar dikembalikan semula kepimpinan Kuala Kedah kepada Barisan Nasional demi masa hadapan rakyat Kuala Kedah yang lebih baik.














Comments