LORONG KOMPLEKS DITURAP

Akhirnya Lorong 1 Kg Kompleks iaitu jalan masuk ke kompleks perikanan yang baru dirobohkan telah berturap. Alhamdulilah, ini adalah hasil usaha JKKK Kg Kompleks dengan kerjasama Jabatan Perikanan. Kali terakhir jalan ini diturap adalah pada tahun 1993 iaitu ketika arwah ayahanda saya menjadi Pengerusi JKKK. Sebagai Pengerusi JKKK Kg Kompleks, saya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Perikanan dan kontraktor yang memberi kenikmatan kepada penduduk kampung ini.




Comments