MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DIABETES MALAYSIA NEGERI KEDAH 2018

Mesyuarat Agung Tahunan 2018 Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Kedah yang ke-20 berlangsung pada 19 April 2018 dihadiri oleh perwakilan-perwakilan cawangan Diabetes Malaysia (DM) dari setiap daerah. Program dimulakan dengan taklimat berkenaan tatacara permohonan bantuan kebajikan untuk pesakit daripada Pegawai JKM. DM Daerah Yan telah diumumkan sebagai cawangan terbaik bagi tahun 2017. Penyampaian sumbangan kerusi roda kepada setiap DM daerah turut diadakan. Saya hadir melaksanakan tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi DM Cawangan Kedah.











Comments