MESYUARAT LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL NEGERI KEDAH

Mesyuarat Pengarah Kesihatan Negeri Kedah bersama Pengerusi-pengerusi Lembaga Pelawat Hospital seluruh negeri Kedah telah diadakan pada 8 April 2018 bertempat di Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Turut hadir adalah pengarah-pengarah hospital seluruh negeri Kedah. 

Saya telah membawa 3 perkara dan mendapat respon positif daripada YBhg Dato’ Dr Norhizan bin Ismail, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah :
1. Kepentingan pengumpulan data berkenaan kemasukan pesakit yang positif dadah ke wad psikiatri 
2. Kerjasama AADK dan KKM untuk menubuhkan lebih banyak pusat pemulihan yang merawat kes penaagih dadah yang mengalami penyakit mental (combined care) terutamanya di zon utara
3. Peruntukan tahunan kepada setiap Lembaga Pelawat Hospital Psikiatri

Semoga kerjasama baik antara pihak jabatan kesihatan dan masyarakat awam melalui lembaga pelawat hospital ini dapat diteruskan demi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan dan taraf kesihatan rakyat di Negeri Kedah.





Comments