ANUGERAH SUKARELAWAN AADK PRIHATIN

Majlis Malam Citra AADK 2018 berlangsung pada 15 Mei 2018 bertempat di Dewan Sri Akasia, Ibu Pejabat AADK Malaysia, Bangi, Selangor. Majlis ini yang diadakan buat julung-julung kalinya bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan tertinggi kepada pihak-pihak yang telah terlibat dalam meningkatkan pencapaian kualiti dan inovasi cemerlang di AADK seluruh negara. Majlis dirasmikan oleh YBhg Dato’ Dr Abd Halim bin Mohd Hussin, Ketua Pengarah AADK yang mewakili Ketua Setiausaha Negara. 

Pada majlis ini saya terpilih untuk menerima Anugerah Sukarelawan Prihatin AADK atas sumbangan saya sebagai ikon AADK Daerah Kota Setar. Segala khidmat saya bukan semata-mata untuk mengejar anugerah, tetapi tetap bersyukur sekiranya usaha dan penat lelah kita dihargai. Masih banyak lagi yang perlu kita dilakukan dalam menangani ancaman dadah dalam masyarakat kita. Terima kasih AADK atas pengiktirafan yang gemilang ini. Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa menyokong gerak kerja saya terutamanya AADK Daerah Kota Setar dan AADK Negeri Kedah.
                                       












                                     


Comments