PROGRAM KHIDMAT BAKTI ANGKASA PARLIMEN PENDANG

Pada 8 Mei 2018, Program Khidmat Bakti Angkasa Bersama Masyarakat telah dirasmikan oleh Dato’ Suraya binti Yaacob, calon N19 DUN Sungai Tiang di Pendang Lake Resort. Program anjuran bersama Angkasa Negeri Kedah dan Jabatan Pembangunan Wanita Kedah ini juga diadakan sempena sambutan Hari Ibu, telah mengumpulkan 800 orang hadirin yang merupakan jentera Wanita Barisan Nasional Parlimen Pendang. Saya telah dijemput untuk berkongsi tips-tips penjagaan kesihatan dan persediaan menghadapi pilihanraya. Di samping itu, Pasukan Saringan Kesihatan (Pasak) saya juga turut mengadakan pemeriksaan kesihatan dan pemberian ubat percuma kepada para hadirin. Selamat berjaya Kak Su dan BN Pendang. Hebatkan negaraku. 
















Comments