SMOKE RUN 2018

Program Smoke Run 2018 anjuran Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Shafinaz, Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Bina Darulaman Berhad (BDB) telah berlangsung pada 1 Mei 2018 di Taman Tasik Darulaman Jitra. Program larian ini dirasmikan oleh YBhg Dr Hendrik bin Lamsali, Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM. Penyertaan program larian sejauh 8km ini adalah hampir 2 ribu orang peserta. Saya hadir mewakili Diabetes Malaysia (DM) Cawangan Negeri Kedah sebagai menyokong aktiviti gaya hidup sihat hasil inisiatif para pelajar UUM dan menerima sumbangan untuk DM Kedah daripada penganjur program.
                                     










Comments