MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA YBM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Ramah Mesra bersama YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Calon Presiden Umno 2018-2021 telah berlangsung pada 27 Jun 2018 bertempat di Jerai Hotel, Alor Setar. Banyak perkongsian beliau dari segi sudut sejarah dan ulasan perkembangan politik semasa membuktikan beliau adalah seorang tokoh politik Melayu yang bijaksana. Saya bersetuju dengan saranan beliau bahawa parti Umno perlu tampil dengan kepimpinan baharu yang berkredibiliti, berintegriti dan ikhlas bagi meraih semula sokongan rakyat akar umbi pada pemilihan 30 Jun 2018 nanti.

                                      











Comments