PENCALONAN TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH


Assalamualaikum para perwakilan cawangan Umno Bahagian Kuala Kedah. 

Menyedari hakikat bahawa parti Umno sedang mengalami fasa pemulihan bagi mengubat luka PRU14, 
Menyedari peri pentingnya semangat ahli-ahli Umno perlu disuntik semula dengan nilai-nilai perjuangan,
Menyedari kehendak mengisi kepemimpinan yang berteraskan tradisi keilmuan, kesetiaan dan kebaktian,
Saya dengan rasa insaf dan rendah diri menawarkan diri untuk berkhidmat bagi jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah pada pemilihan Umno Bahagian Kuala Kedah 2018. Insha Allah dengan idea dan kudrat yang ada kita akan menggembleng tenaga, meraih sokongan orang muda dan menggerakkan gelombang politik baharu di Kuala Kedah, demi memartabatkan kembali agama, bangsa dan negara melalui perjuangan UMNO yang sejati. 
Mohon sokongan semua. 

Salam hormat dan salam perjuangan

Khidmat & Wibawa

Dr Zaki Zamani bin Abd Rashid
27 Ramadan 1439H bersamaan 12 Jun 2018

Comments