PROGRAM SEJERNIH KASIH RAMADAN

Program Sejernih Kasih Ramadan pada 31 Mei 2018 bersamaan 15 Ramadan 1439H adalah satu program Orang Kena Pengawasan (OKP) bersama komuniti di Rumah Komuniti AADK Kampung Keloncor anjuran AADK Kota Setar. Antara pengisian program adalah slot motivasi perkongsian saya bersama OKP tentang menghargai ‘peluang kedua’, majlis bacaan tahlil dan majlis berbuka puasa bersama penduduk tempatan. Satu program yang sangat mulia bagi memudahcarakan penerimaan masyarakat terhadap OKP-OKP ini dan merupakan inisiatif pemulihan dalam komuniti yang sangat baik. Mereka merupakan satu kelompok masyarakat yang perlu sentiasa didampingi dan dipulihkan.

                                                     










Comments