KUNJUNGAN HORMAT DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK

Pada 11 Julai 2018, satu kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Seri Najib Tun Razak di kediaman beliau telah diadakan bersama Timbalan-timbalan Ketua Umno Bahagian seluruh Malaysia. Lawatan ini adalah bagi bertanya khabar dan menyampaikan salam daripada ahli-ahli Umno bahagian masing-masing.

Kita harus sentiasa bersama dalam apa juga keadaan kerana dalam perjuangan kita tidak selalunya menang. Yang sentiasa menang adalah kesetiaan dan persahabatan yang sejati. Terutamanya bagi insan seperti Dato’ Seri Najib, jasanya amat besar kepada parti dan negara, dan sebagai umat Melayu yang berbudi bahasa tinggi, amat wajar sekali kita mengenang dan menghargai beliau serta mendoakan kesejahteraan beliau walaupun tidak lagi bergelar Perdana Menteri dan Presiden Umno. Itulah keindahan seni politik Melayu bagi yang memahaminya.

Semoga Dato' Seri terus tabah dan tenang serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi dugaan yang mendatang.   
                                      












Comments