KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARA NEGERI KEDAH

Pada 26 Julai 2018, satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Persatuan Profesional dan Usahawan Negeri Kedah (PEAKS) ke atas Pengarah MARA Negeri Kedah, Tuan Yahaya bin Sani. Antara yang dibincangkan adalah kerjasama program mentor dan inkubator usahawan serta program latihan/pendidikan keusahawanan di institusi-institusi MARA. Semoga pertemuan pertama ini akan membuka lebih banyak jalan ke arah pelaksanaan program-program usahasama antara PEAKS dan pihak MARA Negeri terutamanya dalam melahirkan golongan usahawan profesional yang berwibawa di Negeri Kedah. 







Comments